Thursday, October 28, 2010

Mahkamah perintah AC Mizal bayar nafkah, denda berjumlah RM11,300

Akhirnya AC Mizal tunai tanggungjawab atas perintah mahkamah

Sumber : Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Mahkamah Rendah Syariah Kajang memerintahkan penyanyi dan pengacara, AC Mizal membayar nafkah tertunggak berjumlah RM9,800 hari ini atau dikenakan hukuman penjara 25 hari.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah turut memerintahkan pengacara itu dengan nama sebenar, Mizal Zaini, didenda RM1,500 selepas mendapati beliau melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal mengemukakan akaun tahunan syarikatnya.

Ia berhubung kes komital atau perintah memenjarakan yang difailkan bekas isterinya kerana menghina mahkamah selepas gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan.

Bagaimanapun, AC Mizal tidak dipenjarakan selepas akur dengan membayar nafkah tertunggak RM9,800 dan denda RM1,500, sebentar tadi.

2 comments:

  1. banyak songeh.
    tinggal bayo jerkan senang?!
    kemain lagi.
    mentang2 dah jdi datuk.
    tu ler lelaki,ko dah lanyak abis smpai dah banak pinak.
    bila ko dah tak suke,selagi ko boleh hina,selagi tu ler ko buat mcm2.

    ReplyDelete
  2. apalah sgt jumlah tu pd dia...dia kan dh kaya raya...lgpun utk anak2 jugak...iskk tak paham le..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...