Sunday, October 3, 2010

~~KeK OrEn~~


Hari Sabtu semasa ana jalan-jalan di blog masakan yang ana minati, Teratak Impian ana telah  tergoda dengan kek oren yang dibuat oleh tuan punya blog, kzai.  

Lama juga ana tak buat kek oren. Jadinya petang Sabtu ana buatlah kek oren berdasarkan resipi di blog kzai dan inilah hasilnya.  


Inilah hasil kek oren ana.  Sila abaikan deko pada kek ini yer, hasil keras tangan ana.  Kena practise selalu untuk mendapatkan hasil dekor yang lebih baik 


Kek yang ana siap bakar ni saiznya kecik aje berbanding bilangan telur yang digunakan sebanyak 5 biji.  Mungkin juga sebab tepung yang digunakan sedikit (1 1/2 cawan sahaja).  Kek ni juga tak naik tinggi walaupun menggunakan tepung naik sendiri.  Kiranya hasil kek ini tidak seperti kek yang biasa dibuat dengan menggunakan 5 biji telur. Mungkin terdapat kesilapan sewaktu ana mengadun kek ini.   Walau bagaimanapun kek ni rasanya sedap (terasa orennya) dan tidak terlalu manis.  Kiranya sesuailah dengan tekak ana.

Butter cream juga ana gunakan resipi di blog kzai.  BC ni juga tak manis dan tidak mudah cair.  

Resipi kek oren dan bc ana copy paste dari blog Teratak Impian .   

ORANGE MOIST CAKE - Sumber resipi dr Rinnchan FP

Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.

RESEPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
Source: Wendy

Bahan-bahan

  • 60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
  • 100gm gula - hana kurangkan sedikit (ana guna gula kaster)
  • 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama) - ana guna butter dengan garam
  • hana tambah 1sk jus lemon
Cara-cara

  • Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
  • Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 min dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
  • Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. Boleh letak pewarna yang disukai.
  • Siap



8 comments:

  1. deco takde hal
    janji rasanya mengancam!

    ReplyDelete
  2. rajin nyer akak ni....ari isnin bawak yer....nak rasa...hehehehe

    ReplyDelete
  3. @Sidratul Muntaha hai terima kasih sudi singgah. teringat juge nak buat deko kek yg cantik2 tapi masa membataskannya

    ReplyDelete
  4. @Adieyzan no problem blh ajer tapi jgn lupeer fruit coctail satu jug yer hehehe aritu dpt rasa 1/4 cwn jer tulah yg masih aku terasa-rasa sedapnyerrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. Salam Ana,

    I kinda like the deco, very rustic. Thanks for dropping by and selamat hari raya to you too.

    ReplyDelete
  6. teror ana buat meringue tu. chun tak try2 lagi nih. baru belaja men BC

    ReplyDelete
  7. @cek chun cek chun terima kasih sudi singgah. ana pun baru belajar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...