Monday, October 18, 2010

Kanser payudara: Lelaki alami implikasi lebih teruk

Bila sebut pasal kanser payudara, mesti terbayang wanita kerana ramai yang beranggapan kanser payudara adalah penyakit wanita.  Publisiti untuk kempen mengesan kanser payudara juga adalah tertumpu kepada wanita.  Tapi untuk pengetahuan, golongan lelaki juga berisiko diserang penyakit ini bahkan implikasinya lebih teruk berbanding wanita.


Lelaki yang mempunyai sejarah kanser payudara di kalangan keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.
 
Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita.

Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

Mengikut kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999 hingga 2006 bagi negeri Kelantan, seramai enam lelaki telah meninggal dunia akibat kanser payudara

Sumber : sini , sini dan sini

2 comments:

  1. alamak! lelaki pun berisiko jgk kena ke?

    ReplyDelete
  2. hmmm..jgn tak tahu lelaki pun ada potensi..tp biasanya lelaki ni bila dh diagnosis dh peringkat akhir..sbb mereka tk menjangkakan yg sakit yg di alami selama sebenarnya adalan kanser...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...