Tuesday, October 5, 2010

BAHANA LETAK KOMPUTER RIBA DI ATAS PAHA

Kalau guna laptop ana suka sangat letak atas paha (lap) yelah dah namanya pun laptop mestilah letak di atas paha.  Tapi sebenarnya tak boleh letak di atas paha. Kenapa? Jom baca artikel ni yang ana copy paste dari Kosmo Online.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.


GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan seorang budak lelaki 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.


Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

p/s ~ laptop kenalah letak di atas meja macam gbr di bwh



2 comments:

  1. alamak! kena buang tabiat ni la nampknya sy suka letak di atas paha jgk bila main game tp setakat ni alhamdulilah xde ape2...

    ReplyDelete
  2. @NICK IRFAN tabiat ni mengundang bahaya elok dijauhi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...