Sunday, October 31, 2010

Puding Roti Karamel

Resepi dari kzai.  Hasilnya taklah  seelok yg dibuat oleh kzai tapi sedap.


Resepi copy and paste. Terima kasih kzai

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
---------------------------------------
2 keping roti
sedikit butter
4 biji telur
600ml susu cair/susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)

Cara-cara

1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. 
4. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
5. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.


Saturday, October 30, 2010

Pelik Tapi Benar : Bilionair dapat subsidi rumah

BEIJING: Tokoh internet berpengaruh Ma Huateng dilaporkan berada di nombor sembilan dalam senarai majalah For-bes orang paling kaya di China dengan jumlah kekayaan AS$4.4 bilion.Bagaimanapun beliau didakwa masih menerima subsidi rasmi perumahan. AS$450 (RM1,440) sebulan.

Ma, 39, adalah pengerusi portal Tencent dan disifatkan sebagai ‘bakat tempatan terkemuka’ oleh pihak berkuasa di selatan Shenzhen bersempadan dengan Hong Kong, tempat syarikat beliau beroperasi.

Dengan gelaran itu membolehkan beliau layak menerima 3,100 yuan (AS$450) sebulan dalam bentuk subsidi rumah sepanjang tempoh lima tahun sebagai insentif membeli atau menyewa sebuah flat di bandar raya terbabit, lapor Global Times yang memetik sumber kerajaan.

“Dasar subsidi perumahan bertujuan menarik lebih ramai bakat ke Shenzen dan membuatkan mereka tinggal di sana,” kata seorang pegawai di biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Shenzhen yang hanya dikenali sebagai Liu.

“Bandar raya ini kehilangan saingan kepada bandar raya lain seperti Beijing dan Shanghai.”
Lebih 2,900 orang dipercayai menyumbang kepada peningkatan bandar raya terbabit mendapat keuntungan dari program awal tahun ini dengan satu pertiga daripada mereka adalah ahli perniagaan, kata laporan terbabit.

Akhbar South China Morning Post menyatakan, kebanyakan pegawai korporat kanan termasuk dalam senarai itu.

Berita berkenaan mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan komuniti online ketika meningkat-nya harga hartanah dan kebimbangan mengenai jurang pendapatan semakin lebar di negara itu.

“Orang biasa tidak mampu membeli flat dan tiada dasar yang ditekankan mengenainya tetapi kerajaan membiayai subsidi membeli rumah di kalangan orang kaya. Siapa yang boleh selamatkan China?” tanya seorang pengguna melalui kirimannya ke netease.com.

Dalam satu komentar, Shanghai Evening Post pula melaporkan: “Sebarang dasar pemerintah perlulah tidak bertentangan dengan dasar kesamaan sosial atau menjejaskan perasaan masyarakat umum atau ia boleh disifatkan sebagai satu layanan kepada ‘penduduk super’. – AFP

Sedikit mengenai Mua Huateng

                    

Ma Huateng dilahirkan pada 29 Okt 1971 (39 tahun) di Chaoyang, Guangdong, China. Lulusan  Sains Komputer, Universiti Shenzen.  Pengasas bersama Tencent Computer System Co., Ltd. Ma merupakan perintis kepada pembangunan Tencent Instant Messenger yang digunakan secara meluas di internet. Ma merupakan perintis internet terkaya di  negeri China.

p/s ~ pelik org kaya pun diberi subsidi

Friday, October 29, 2010

Pasaran hartanah Malaysia dijangkakan akan mengalami gelembung harga


Apa yg dimaksudkan gelembung harga?  Gelembung harga bermakna peningkatan harga, oleh itu harga hartanah di Malaysia dijangkakan akan meningkat.  Bila akan meningkat?

Menurut Laporan OSK Research Sdn. Bhd.

SEKTOR hartanah negara bakal menyaksikan peningkatan harga hartanah kediaman tertinggi dalam tempoh sedekad apabila harganya dijangka mencecah kemuncak antara 2012 dan 2013 sebelum kemungkinan harganya kembali sederhana.

Ini bermakna akan berlaku peningkatan harga hartanah dan kemudiaannya harga hartanah akan jatuh. 

Laporan akhbar hari ini, Bank Negara telah mengambil langkah proaktif untuk mengekang spekulasi hartanah.  Ini bertujuan bagi mengawal berlakunya kenaikan keterlaluan harga hartanah di Malaysia.  Kawalan yg akan dikenakan oleh BN adalah dengan menurunkan had margin pembiayaan pembelian rumah ketiga dan seterusnya, kepada antara 80 hingga 70 peratus berbanding 90 peratus masa kini.

Walau bagaimanapun, pembelian rumah pertama atau mungkin rumah kedua tidak tertakluk kepada kawalan tersebut.

p/s
~ telah terbukti sebelum terjadi kemelesetan ekonomi, akan berlaku peningkatan harga hartanah dan diikuti dengan penurunan harga dan ini berlaku setiap 10 tahun
~ bila berlakunya penurunan harga, mungkin nilai pasaran semasa hartanah akan menjadi lebih rendah berbanding harga belian

Rekod Dunia : Lelaki miliki mulut paling lebar Francisco Domingo Joaquim


ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalamGuinness World of Records.

Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.

Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.

Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.

Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar. - Agensi

Jom tengok video macam mana dia masukkan tin minuman ringan dlm mulutnya yg terbesar tu ..........



p/s ~ dunia2 org begini pun boleh popular

Kenapa begini jadinya : Penoreh korban cinta terhalang

KUALA TERENGGANU - Selepas 10 hari menanggung derita akibat dipaksa meminum racun oleh ahli keluarga teman wanitanya yang berusia 16 tahun, seorang penoreh getah akhirnya menemui ajal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, Muda Mohd., 27, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi selepas menunjukkan komplikasi teruk lewat malam kelmarin sebelum disahkan koma beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, katanya, polis sempat mendapatkan keterangan daripada mangsa.

"Sehubungan itu, kita telah mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang memberitahu polis telah menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber : Kosmo Online

p/s ~ kes cinta terhalang tapi kenapa sampai membunuh

Bila Abg Hafiz Membebel ........

Abg Hafiz pepagi lagi dah mula membebel.  Dia membebel mcm ni............

Tak adil asyik mama aje yg tulis blog saya  tak dapat tulis blog saya

Abg Hafiz memang ada blog, ajikecik.blogspot.com dan latest update pd 3 Okt 2010 cerita mengenai sambutan aidilfitri surau dekat rumah.


Abg Hafiz telah berjanji untuk tidak menggunakan internet sehingga tamat peperiksaan akhir sek kebangsaan dan sek agama.  Oklah sayang, hari ini last day periksa sek kebangsaan, so mulai mlm ni bolehlah online dan update blog sepuas2nya.  Mesti sukakan senyum sampai ke telinga.

Tapi pastikan tak buang masa main game dan tengok kartun jer, cukuplah tengok kartun di TV.  Jangan lupa routine harian baca Al-Quran dan solat dengan betul.  Kalau ingkar ..........

p/s ~ anak zaman skrg mmg bertuah dpt menikmati kemudahan teknologi semuanya di hujung jari tapi jangan salah guna buruk padahnya

Thursday, October 28, 2010

Mahkamah perintah AC Mizal bayar nafkah, denda berjumlah RM11,300

Akhirnya AC Mizal tunai tanggungjawab atas perintah mahkamah

Sumber : Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Mahkamah Rendah Syariah Kajang memerintahkan penyanyi dan pengacara, AC Mizal membayar nafkah tertunggak berjumlah RM9,800 hari ini atau dikenakan hukuman penjara 25 hari.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah turut memerintahkan pengacara itu dengan nama sebenar, Mizal Zaini, didenda RM1,500 selepas mendapati beliau melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal mengemukakan akaun tahunan syarikatnya.

Ia berhubung kes komital atau perintah memenjarakan yang difailkan bekas isterinya kerana menghina mahkamah selepas gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan.

Bagaimanapun, AC Mizal tidak dipenjarakan selepas akur dengan membayar nafkah tertunggak RM9,800 dan denda RM1,500, sebentar tadi.

Kasut Abg. Hafiz

Ini kasut Abg Hafiz yg diletakkan di belakang peti ais.  Kenapa diletakkan di situ? Kejadian ini berlaku hari Ahad lepas.

Hari Sabtu dan Ahad cuaca mendung dan hujan, oleh itu nak keringkan kasut ana letak di belakang peti ais.  Petua ini memang menjadi dan telah ana amalkan sewaktu sekolah dulu.


Kasut Abg Hafiz saiz 5.  Saiz 5 adalah saiz yg agak besar bagi budak yg berumur 10 tahun.  Kasut sekolah Abg Hafiz diganti setiap tahun sebab badan kasut elok lagi tapi di bahagian hujung kasut lekang.  Ini akibat dari Abg Hafiz suka benor berjalan berjengket ala2 penari balet (toes walking) mcm dlm gbr bawah ni.  

Walaupun dah ditegur dan dipaksa berjln normal dia tetap berjalan berjengket.  Bila dicuba berjalan normal, pergerakannya jadi lambat berbanding berjalan berjengket.

Kredit : www.examiner.com

Pelangi Kembar

GAMBAR yang dirakamkan Andy Kyle menunjukkan pelangi berkembar di Sungai Dartmouth, Devon

DEVON - Seorang jurugambar, Andy Kyle yang berusia 53 tahun berjaya merakamkan gambar pelangi berkembar yang melengkung dan seakan-akan kelihatan seperti sebuah jambatan di Sungai Dartmouth di Devon, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan selepas Kyle merakamkan lebih 2,000 imej sejak tujuh tahun lalu sebelum dia berjaya merakam gambar pelangi berkembar.
Imej kedua pelangi itu dikatakan berlaku disebabkan oleh dua biasan cahaya matahari pada titisan hujan. - Agensi
Sumber : Kosmo Online

Wednesday, October 27, 2010

Jenazah mirip Mbah Maridjan sedang sujud ditemui di bilik tidur rumahya

Siapa Mbah Maridjan?  

Mbah Mardjan, Jurukunci Gunung Merapi yang meletup di Indonesia

MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - sumber UTUSAN
YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam.

Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan, berusia 83 tahun.

Mereka bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.

Menurut Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam.

Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenal pasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu.

Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur.

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu.

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan.

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal tahun 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular ketika bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor.-Bernama

Untung Bank Rakyat RM1.28b

KUALA LUMPUR- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan pracukai dan zakat sebanyak RM1.28 bilion untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2010 meningkat 21.5 peratus atau RM227.4 juta daripada RM1.06 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Pencapaian ini berdasarkan kepada peningkatan dalam pendapatan kasar kepada RM3.44 bilion berbanding RM2.89 bilion sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, untung yang tinggi itu disumbangkan oleh kenaikan dalam pendapatan pembiayaan seiring dengan pertumbuhan kukuh dalam keseimbangan pembiayaan dalam semua segmen perniagaan bank.

"Pada tempoh yang sama, keuntungan bersih bank juga mengembang sebanyak RM257.6 juta kepada RM1 bilion daripada RM743.4 juta sebelumnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

p/s
~Bank Rakyat yg satu ketika dahulu kontroversi, tapi kini keuntungan pracukai dan zakat sehingga 30.9.10 sebanyak RM1.28 billion.  
~Berapa agaknya dividen untuk pemegang sahamnya?
~Berapa pula bonus dibayar untuk staffnya?  Dengarnya sebelum ni staff mendapat setahun bonus! 

MARI MENULIS JAWI

Aktiviti hari Ahad 24.10.10, sambutan Hari PPK 2010 di Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya.  Meriah sungguh macam2 aktiviti diadakan


Abg Hafiz sertai pertandingan menulis jawi  


Tahniah! Abg Hafiz dapat hadiah tempat ke 2.  Alhamdulillah, well done son.

Hadiah lumayan.  Peruntukan hadiah tpt pertama - sepuluh

Shoot dari jauh .... gbr blur ...... sbg kenangan

Rumah teres dua tingkat bernilai £1 (RM4.78??????) Betulker?

Berita dipetik dari Kosmo Online.

Berita ini memang menarik perhatian ana sebab ada kaitan dgn bidang kerja ana ~ hartanah, nilai pasaran, pasaran hartanah, krisis ekonomi ....... jgn bosan yer terma2 yg digunakan adalah teknikal tapi mudah difahami.


HOLMSIDE, Durham - Seorang pemilik rumah teres dua bilik tidur berharga £86,000 (RM418,975) di Britain, Paul Rooney terkejut apabila sebuah agensi penilaian hartanah tempatan menyatakan harga pasaran rumah itu cuma £1 (RM4.78) menyebabkan dia tidak layak memperoleh pinjaman bank, lapor sebuah akhbar semalam.

Rooney, 42, menghabiskan £10,000 ($8,703) membuat pengubahsuaian termasuk di dapur kediaman selepas dia membeli rumah itu pada 2007 dan berharap untuk menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Namun apabila dia memohon pinjaman perumahan, ahli perniagaan itu terkejut apabila diberitahu oleh beberapa pegawai sebuah agensi penilaian hartanah bahawa nila hartanahnya cuma £1.

Sebelum ini nilai pasaran rumah berkenaan adalah £120,000 (RM584,309) manakala kediaman yang sama dianggarkan berharga £130,000 (RM632,936) selepas kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.

Laporan penilaian terbaru itu membayangkan pasaran hartanah Britain yang terjejas teruk ekoran krisis ekonomi global yang melanda dunia pada tahun lalu di negara tersebut. Namun, Rooney yang membayar pinjaman sebanyak £550 (RM2,694) sebulan bimbang dia perlu menjual lebih banyak hartanah pada harga lebih rendah jika pihak bank enggan memberikan pinjaman. - Agensi

p/s ~ Malaysia juga pernah mengalami krisis ekonomi yg menjejaskan nilai pasaran hartanah kediaman kalau tak silap pada tahun 1982/1983. Pada waktu itu, nilai pasaran rumah adalah lebih rendah berbanding harga

Monday, October 25, 2010

Laureen Booth : Adik Ipar Tony Blair Mengaku Muslim


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

p/s
~Laureen Booth berusia 43 tahun, ibu kepada 2 orang anak.  Bekerja untuk Press TV, saluran berita televisyen Iran berbahasa Inggeris
~Semoga beliau menjadi Muslim sejati. Alhamdullillah Allahhu Akbar

Buta Sejarah?

3 berita utama hari Ahad 24.10.10 ~  Kosmo : Sejarah Subjek Wajib Lulus SPMUtusan: Matapelajaran Sejarah di Semua Sekolah Rendah 2014 dan Berita Harian : Sejarah Wajib Lulus 2013

Persoalan :
~sejak bila subjek  sejarah tiada di dalam silibus sekolah rendah?
~mengapa dikeluarkan subjek sejarah daripada silibus sekolah rendah?

Kredit : bluesriders.blogspot.com
Ana terkenang di zaman persekolahan, subjek sejarah dipanggil tawarikh (bukan terawih yer) dan subjek inilah yang paling ana minati sewaktu di sekolah rendah.  Bila dah  minat, setiap kali  periksa, ana akan dapat markah   antara yang tertinggi di dalam kelas.

Di sekolah menengah, ana cuma belajar subjek sejarah sehingga di tingkatan 3 sahaja dan score A2 utk subjek tu utk SRP.

Subjek sejarah patut diajar di semua peringkat sekolah untuk mengelakkan kejadian buta sejarah bangsa dan tanahair.  Bila buta sejarah, isu-isu sensitif dipolitikkan.

Memperkenalkan semula subjek sejarah di sekolah rendah dan menjadikan subjek sejarah sebagai syarat utk lulus SPM menjelang tahun 2013  adalah amat wajar untuk menjadikan generasi baru Malaysia sebagai  celik sejarah tanahair sendiri, asal usul kaum dan hak sesuatu kaum.

Sejarah tanah air  mesti dipelajari utk menjaga kesejahteraan di antara kaum di Malaysia dan ia tidak wajar dipolitikkan

Saturday, October 23, 2010

Program IQRA di Masjid Putra

Hari ni hari Sabtu.  Bagi staff gomen macam ana, hari Sabtu adalah hari cuti dari kerja2 di pjbt.  Tapi hari Sabtu hari yg paling sibuk dgn kerja2   di rumah.  Tapi hari ini aktiviti di awal pagi Sabtu adalah berbeza.  Bezanya pagi2 lagi dah ke Masjid Putra, Putrajaya


Nampak tu kerusi biru plastik, di situlah acara perasmian dan motivasi utk pelajar diadakan
Sebabnya,  Masjid Putra di Putrajaya ada anjurkan Program IQRA bersama Perpustakaan Negara Malaysia.  Jadinya pukul 8.30am  kami ke sanalah.  Abg Hafiz masuk pertandingan hafazan.


Sebelum bermula acara yang ditetapkan, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh angkasawan Malaysia yg baru2 ni melangsungkan perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar Abdul Shukor.  Dapatlah tengok beliau dari dekat.  

Tulah dia angkasawan yg dimaksudkan, orgnya manis.  Tetap setia dgn uniform angkawasan. 
Datuk Dr. Sheikh Muszaffar juga telah mengedarkan secara percuma buku Mengapai Bintang.  Buku ni mengenai perjalanan hidup beliau dan keluarga serta mengenai arwah adiknya yang telah meninggal dunia. 

Inilah buku tu ...... gbr kecil tu arwah adiknya yg dimaksudkan
Datuk Dr. Sheikh dijemput kerana beliau merupakan Ikon Membaca yg dilantik oleh  PNM.  Pada sesi ceramah motivasi, Datuk telah bercerita mengenai  pengalamannya berada di angkasalepas.

Perasmian program IQRA telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah PNM.  Persembahan nasyid oleh Aishah turut diadakan.  Suara Aishah mmg best spt yg biasa didengar dan klu tak silap suaminya turut menemani.

Ini gbr dr laman web Masjid Putra.  Pada hari kejadian Aishah pakai baju dan tudung pink sweet jer .... tak sempat ambik bgr

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah Pembudayaan Tulisan Jawi.  Abg Hafiz turut serta jugalah.


Ini  antara aktiviti yg Abg. Hafiz sertai.  Membentuk ayat dgn tulisan jawi.
Tu jerlah aktiviti  hari Sabtu,  esok Abg. Hafiz akan sertai pertandingan menulis Jawi anjuran Pusat Perkhidmatan Kejiranan  Putrajaya.


Friday, October 22, 2010

Happy Birthday

Event     :    Birthday celebration
Date      :    13 Oct 2010
Time      :    2 pm

Let's the picture speaks for itself.  Layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



p/s ~ i'm not anyone of them ................. i'm not invited

Thursday, October 21, 2010

Bakal Pengantin Yang Hilang Rozaliya Mat Lazim Ditemui

Alhamdulillah Rozaliya Mat Lazim ditemui.  Akhirnya beliau  mendedahkan perkara sebenar misteri kehilangannya.  Walau apa pun berilah peluang kepadanya untuk meneruskan hidup.

Sumber : Kosmo  Online



KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.

Tuesday, October 19, 2010

Pengurus Rumah Tangga ganti Amah

Hari ini Selasa, 19 Okt 2010 mesyuarat RR akan bermula sebentar lagi.  Mesyuarat ni 3 hari dari 8.15 am - 4.30 pm.  What a day!!!!!!!!!

Berita Pengurus Rumah Tangga ganti Amah seperti yang dilaporkan dalam suratkhabar semalan mendapat liputan meluas.  Petang semalan selepas berita di Klasik Nasional disiarkan ulasan mengenai tajuk ini.  Tentunya ulasan berita tu menyokong cadangan nak gantikan amah dengan pengurus rumah tangga sebagaimana yang dicadangkan oleh FELDA.

Tapi pagi ni on the way ke tpt kerja, ada pihak tak setuju sebab seolah2 menggambarkan anak2 FELDA hanya layak menjadi Pengurus Rumah Tangga.

Semua org berhak menyuarakan pendapat.

Monday, October 18, 2010

Kanser payudara: Lelaki alami implikasi lebih teruk

Bila sebut pasal kanser payudara, mesti terbayang wanita kerana ramai yang beranggapan kanser payudara adalah penyakit wanita.  Publisiti untuk kempen mengesan kanser payudara juga adalah tertumpu kepada wanita.  Tapi untuk pengetahuan, golongan lelaki juga berisiko diserang penyakit ini bahkan implikasinya lebih teruk berbanding wanita.


Lelaki yang mempunyai sejarah kanser payudara di kalangan keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.
 
Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita.

Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

Mengikut kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999 hingga 2006 bagi negeri Kelantan, seramai enam lelaki telah meninggal dunia akibat kanser payudara

Sumber : sini , sini dan sini

Sunday, October 17, 2010

Tiada Bonus Kerana Kos Besar

CUEPACS minta dipertimbangkan pemberian bonus untuk staff perkhidmatan awam, tapi PM kata tiada bonus kerana  ia melibatkan kos yang besar.


Sumber :Kosmo Online

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam,” kata beliau berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini. – Bernama

Saturday, October 16, 2010

Panggilan Ka'bah

Hari ini 16.10.2010 bersamaan 8 Zulkaedah 1431 H.  Dah masuk bulan haji. 

Pada yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah musim haji tahun ini, ana ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji. Semoga mendapat haji yang mabrur dan sentiasa sabar menempuh berbagai dugaan dan rintangan.


Masih terbayang, kali pertama ana menjejakkan kaki di bumi Mekah dan Madinah pada tahun 1987 untuk menunaikan ibadah haji.  Perbelanjaan haji cuma RM5,000 sahaja dan pada tahun itu jugalah sistem muasasah diperkenalkan.  Waktu tu belum ada sistem pakej haji macam sekarang ni.  Ana ke Mekah dalam kumpulan seramai 8 orang dan ana adalah yang paling muda.  Alhamdulillah....... namun dari 8 orang jemaah, 3 orang telahpun meninggal dunia.

Tahun 1987, makan dan minum, jemaah haji kena urus sendiri, berbeza dengan keadaan sekarang makan dan minum disediakan oleh TH.  Biasanya makanan dibeli di kedai nasi Arab ataupun daripada penjual di kaki lima kedai yang terdiri daripada orang Pattani. Ada juga jemaah haji yang memasak makanan.


Juadah yang popular di kedai nasi arab adalah ayam panggang yang dicucuk pada batang besi yang berpusing2.  Ayam ni biasa dilihat di pasar malam/pasar Ramadhan di Malaysia.  Bezanya ayam di tanah Arab dimasak menggunakan elektrik tapi di Maaysia menggunakan arang. Mungkin juga kaedah memanggang ayam ini asalnya dari Mekah.  Ayam ni biasanya dibeli seekor dan dimakan beramai-ramai dengan kuah sambal pecal yang dibawa dari Malaysia.  Sedap tau.  Sambal pecal ni kalau makan dengan tomato pun sedap.  Tomato di Mekah adalah lebih rangup dan manis berbanding di Malaysia.

Di Arafah pula, khemah yang disediakan adalah khemah biasa daripada kain guni dan tiada penghawa dingin.  Pokok pun tak banyak ditanam.  Berbeza dgn keadaan sekarang, khemah adalah kalis api (ekoran daripada kebakaran yang berlaku) dan disediakan penghawa dingin.  Pokok2 juga banyak ditanam jadinya taklah panas sangat.

Setiap kali tiba musim haji, lagu panggilan Ka'abah pasti berkumandang.  Lagu nyanyian Nur Asiah Jamil ni memang evergreen.  Bila dengar lagu ni ternampak2 Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Mina, Arafah ......... bilalah agaknya dapat  ke sana lagi untuk  mengerjakan haji?

Alangkah bagusnya kalau dapat menunaikan ibadah haji  setiap tahun.

Intipati Bajet 2011 : Staff Perkhidmatan Awam

Untuk Staff Perkhidmatan Awam
  1. Bantuan persekolahan RM500 untuk gred 54 ke bawah termasuk pesara dan staff kontrak (dibayar pada Disember)
  2. Bantuan mengurus jenazah dinaikkan kepada RM3,000
  3. Pegawai khidmat singkat  tamat kontrak pada 31 Dis 2010 dilanjutkan tempoh perkhidmatan setahun lagi
  4. cuti bersalin bergaji   penuh di tambah kepada 90 hari tetapi tertakluk kepada jumlah cuti bersalin 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
  5. PTK dimansuhkan pada Jun 2011 dan digantikan dgn sistem penilaian yang lebih sesuai  
Pinjaman Perumahan untuk staff perkhidmatan awam, kerajaan membenarkan (kuatkuasa 1.1.2011)
  1. pembelian hartanah daripada ibu, bapa, adik-beradik dan anak (tiada peruntukan pembelian suami isteri)
  2. pinjaman kerja tambahan rumah kos rendah  kump sokongan 2 dinaikkan kepada RM20,000
  3. had kelayakan pinjaman perumahan maksimum dinaikkan kepada RM450,000
Tiada bonus tapi CUEPACS masih berharap  kerajaan timbang semula pemberian bonus 2 bulan gaji untuk staff perkhidmatan awam

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Lagi sejam PM akan bentang budget 2011 di Parlimen.  Katanya  'budget by the rakyat'.  Tapi ada pulak yang kata 'bajet rakyat bajet pilihanraya'.

Bagi staff perkhidmatan awam yang ditunggu dalam pembentangan bajet 2011 adalah bonus 2010 ada atau tiada.   Kalau ada bonus untuk berapa bulan ?  Kalau tak ada bonus apa agaknya alternatif  lain mungkin kenaikan gaji?

Nantikan pukul 4 petang ni boleh diikuti di mana2 siaran TV dan radio Malaysia

Jamuan Raya Aidilfitri 2010 ~ Part 2

N3 ni kesinambungan drpd Jamuan Raya Aidilfitri 2010 ~ Part 1.  Jom layan gbr2 jamuan raya yang kameranya dipetik oleh adieyzan.  Thanks deer dear

Ain dan Biena khusuknya sedang memotong buah2an.  Ain nanti akan bergelar Hajjah Ain. Biena  pulak akan bergelar ibu  tahun depan.
Ni kaum bapa .... makan laju2 sbb kejar waktu solat Jumaat
Ni kaum ibu duduk bersimpuh sopan gitu
 2 gadis manis sedang menikmati juadah sate ...... sate antara hidangan yang paling laku. 
Kaum bapa lagi ..... kek sumbangan trainee Siti Norhaliza Nur Farliza

Thursday, October 14, 2010

Jamuan Raya Aidilfitri 2010 ~ Part 1

N3 tertunggak, jamuan raya aidilfitri 2010 pejabat ana.  Gambar2 ni semua shoot guna kamera adieyzan aka tauke cocktail.  Terima kasih daun keladi lain kali mintak lagi.  Jamuan diadakan pada 1 Okt hari Jumaat.

Jamuan ni sebenarnya 3 dalam 1 : Jamuan Raya Aidilfitri 2010, Bacaan Yasin untuk yang akan menunaikan haji dan juga Jamuan perpisahan untuk trainee.


Makanan disediakan secara periuk bertuah a.k.a pot luck di kalangan staff R&D. Nilah dia di antara hidangan periuk bertuah tu .....

Ni set lengkap laksa perlis, hasil  periuk bertuah mak long mila.  sedaplah mila .......  this is my favourate

Lemang dan rendang (dlm bekas biru), nasi impit (sepatutnya mkn dgn kuah kacang dan satay tapi belum smp lagi)
Buah2an. Oh ada fruit cocktail lah tapi semangkuk jer .....
Sphagetti  bolognese ni hasil periuk bertuah arip, pandai mamat ni masak.  Yang bekas satu lagi tu mee hailam ain yang masak sedap tau ........ rasa nak tambah lagi dan lagi dan lagi ..........
Ha nilah  dia cocktail tu ........ taukehnya sedang mengadunnya tapi hampa ana dpt rasa suku cwn jerrrrrrr.  Bila nak buat lagik ?? huhuhu

Ramai yg minat dgn cocktail sdg menunggu dgn sabar.  Air teh pun ada .....

Menu lain yang tiada dalam gambar sate, laksam, kek, kuih raya, tapai pulut, kerepek, kacang.  Semua menu amat menyelerakan dan berbaloi2 bagi semua yang hadir.  Di akhir sesi aktiviti tapau menapau.

Makanan Terlalu Panas


Suka makan makanan panas-panas ?    Ketahuilah makanan dan minuman yang panas boleh menganggu sistem badan.

Rasulullah melarang makan makanan yang panas kecuali pada kadar yang boleh dimakan yakni suam.       Sebaik-baiknya tunggulah makanan sehingga sejuk.

Makanan yang telalu panas  menyebabkan lidah  melecur dan lidah menjadi keras.  Lidah yang keras susah untuk menyebut ayat-ayat Allah.

Menyebabkan gigi mudah menjadi lebam dan cepat reput.  Bagi wanita yang hamil, boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Antaranya bayi akan mudah mendapat sawan dan anak yang lahir kelak sangat susah untuk dibedung

Wednesday, October 13, 2010

Mee Segera : Ketahui Kaedah Memasak Yang Betul

Ini lanjutan daripada n3 ana mengenai mee segera.

Ramai yg menggemari mee segera sebab mudah disediakan dan mudah dimakan  tapi ketahuilah mee segera mengandungi lilin yang memudaratkan sistem badan.  Oleh itu ketahuilah cara terbaik untuk memasak mee segera untuk mengelakkan kesan lilin tersebut.

Artikel ini ana ambil dari blog chef tersohor tanahair, Chef Norz. Jom baca untuk pengetahuan kita bersama.

Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan.

Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksingkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. 

Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.

Begini cara terbaik:
(1) Rebus mi dalam air mendidih.
(2) Bila mi kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.

:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu ::

Taiwan Larang Mi Segera Indonesia



JAKARTA - Ketua Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei (TETO) di sini, Chen Win-Ping, menafikan larangan pengedaran mi segera jenama Indomie dari Indonesia di Taiwan bermotifkan persaingan perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menyangkal laporan sebelum ini oleh media Indonesia bahawa Indomie merupakan mangsa persaingan perniagaan tidak sihat ekoran penarikan produk itu daripada pasaran Taiwan.
Laporan itu turut menyatakan, pihak berkuasa Taiwan menarik semula produk itu dengan alasan ia mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi.
"Laporan itu tidak benar. (Sebaliknya) Petugas kesihatan kami mendapati kandungan pengawet dalam Indomie melebihi standard nasional sejak Mei lalu," ujar Win-Ping di sini semalam.
Menurutnya, selepas penemuan tersebut, pihaknya melaporkan kes itu kepada Kementerian Perindustrian Indonesia untuk tindakan lanjut.
Selain itu, pihak berkuasa di Taiwan turut menghubungi pengilang Indomie, PT Indofood supaya mengurangkan kandungan pengawet Methyl P-Hydroxybenzoate pada standard yang ditetapkan pemerintah Taiwan.
"Namun, selepas melakukan ujian kedua pada minggu lalu, kami masih menemui kandungan bahan pengawet dalam jumlah berlebihan. Justeru, tindakan menarik produk berkenaan dari pasaran terpaksa dilakukan," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihak berkuasa Taiwan akan membenarkan penjualan Indomie di negara itu sekiranya PT Indofood bertindak mengurangkan bahan pengawet seperti yang ditetapkan. - Agensi



p/s ~ Ana bukan peminat mee segera sbb mee ni disalut dgn lilin

Bas 2 Tingkat Jadi Bilik Darjah

SEORANG guru mengajar murid-murid di dalam bas dua tingkat.


HELSTON, Britain – Sebuah sekolah rendah yang mengalami masalah kewangan telah menggunakan sebuah bas dua tingkat yang dibeli di laman web lelongan eBay pada harga £3,500 (RM17,226) untuk dijadikan bilik darjah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak pengurusan Sekolah Parc Eglos itu gagal untuk mendapatkan wang berjumlah £15,000 (RM73,827) untuk membesarkan bilik darjah.
Bas berwarna kuning itu kini diletakkan di kawasan pekarangan sekolah dan ia dijadikan makmal sains manakala tingkat atas dijadikan kelas pengajaran mata pelajaran ekonomi.
Menurut guru besar, Brett Dye, pihak pengurusan sekolah menemui cara kreatif untuk mengekalkan kos yang rendah tetapi pada masa sama mewujudkan suasana yang meggembirakan untuk kanak-kanak belajar. – Agensi
p/s ~ India juga menggunakan bas sebagai bilik darjah untuk menangani masalah kawasan luar bandar yang tiada sekolah









Monday, October 11, 2010

Entry Tertunggak : 10.10.10

Ini N3   tertunggak gara2 balik kpg, internet lembab  & kepenatan.

10.10.10 muncul setiap 100 tahun.

Antara peristiwa yg berlaku pd 10.10.10

Muszapar Sah Milik Harlina


PUTRAJAYA - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi milik Dr. Harlina Mohd. Yunos setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Dengan hanya sekali lafaz, Sheikh Muszaphar telah dinikahkan oleh bapa Harlina, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali dengan mas kahwin RM80 sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih dan rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad serta ibu Harlina, Habibah Endan, keluarga dan kenalan masing-masing.

Perkahwinan itu turut dihadiri 100 angkasawan luar negara yang dijemput khas pada majlis berkenaan dan persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi

Sumber : Kosmo Online

Kemalangan Ngeri 10.10.10


MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

Sumber : Kosmo Online

Saturday, October 9, 2010

Maher Zain - Malaysia Tour

MAHER  ZAIN IN MALAYSIA.
Sana sini Maher Zain jadi perbualan.  Popular betul mamat ni.
Penampilan yg menarik dan lagu yg bersahaja
Penyanyi 28 thn dari Sweeden keturunan Lebanon berada di Malaysia utk tour showcase.
Tiket showcase 14 & 15 Okt sold out walaupun hg tiket RM70 - RM200
Jadual yg padat menunjukkan betapa popularnya Maher Zain di Malaysia
Esok  Ahad, Maher Zain akan muncul di TV9 rcgn Nasi Lemak Kopi O.


Jom  layan antara lagunya yg popular, TQ ALLAH


Friday, October 8, 2010

Dahsyatnya Doa Seorang IBU

Artikel ini dipetik dari azlinadeco terima kasih ina.  Jom baca bagaimana dahsyatnya doa seorang ibu
Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca la yang nasha tanda **** 

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik 

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah 

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak 

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya 

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka 
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata 
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata 
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata 

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! 
Ø Anak 
Ø Ibu 
Ø Suami 

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J 

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya? kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu 

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu 

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut 

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai 

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik 

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ?ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ?wasilah amal? 

Ø ?Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini? 

Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita 

Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J 

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah 

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah 

Ø ?Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini? 
Ø ?Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini? 

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...