Wednesday, September 22, 2010

SYAFIAH HUMAIRA SAHARI


Ingat tak lagi pada gadis comel ni, Syafiah Humaira Sahari 3 tahun yang telah dibunuh oleh teman lelaki ibunya Mohd Fazli Azri Jamil 

Mohd Fazli Azri Jamil
Berita terkini ~ penyangak tu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.  

SHAH ALAM: Seorang pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati pihak
pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak
teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang kali pada 6.30 petang 25 Feb lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim
Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hanim
Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lalu, mahkamah sudah mendengar
keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan. - Bernama

p/s ~ membunuh hukumnya bunuh

2 comments:

  1. hmmm...bagus la tu..di hukum dgn seadil nya..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AWAS BUAYA DILEPASKAN

    ReplyDelete
  2. elok pun hukum bunuh......mati lagi elok org cam tu......menyemak jer kat bumi Allah ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...