Tuesday, September 28, 2010

SIASATAN KES PETERPORN MUNGKIN DIHENTI


JAKARTA 27 Sept. – Siasatan kes video lucah membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, kekasihnya Luna Maya dan pengacara Cut Tari, mungkin dihentikan kerana polis Indonesia sehingga kini masih belum dapat mengenal pasti lokasi video itu dirakamkan.

Peguam bintang pop itu, Aga Khan berkata, berdasarkan tempoh tahanan Ariel yang dilanjutkan dan polis yang masih belum menemui sebarang petunjuk tentang lokasi rakaman video terbabut, semua suspek boleh dibebaskan dan siasatan kes mungkin dihentikan.

“Jika polis masih tidak dapat melengkapkan kertas siasatan Ariel dalam masa 120 hari, dia boleh dibebaskan dan siasatan kes boleh dihentikan,” katanya kepada wartawan seperti yang disiarkan di laman web Berita8.com, hari ini.

Peguam Cut Tari, Hotman Paris turut yakin anak guamnya akan digugurkan daripada semua tuduhan.

Walaupun Cut Tari secara terbuka mengakui penglibatannya dalam kes tersebut dan dia dituduh di bawah Seksyen 282 berkaitan kesalahan zina, kesnya hanya akan tertakluk di bawah seksyen sama jika suaminya membuat laporan polis.

Suami pengacara itu, Yusuf Soebrata, bagaimanapun tidak berbuat demikian sehingga kini. – Agensi

p/s
~ semudah itu nak tutup kes walaupun telah ada yang mengaku
~ kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya, semoga polis Malaysia akan mendapatkan bukti yang secukupnya untuk mendakwa suspek.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...