Friday, September 10, 2010

~~SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTrI~~

Hari ni 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H hari raya, hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di Malaysia.  Hari ini merupakan hari kemengangan bagi yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Beberapa jam je lagi kita semua akan menunaikan solat Aidilfitri.  Bagi yang belum menunaikan zakat fitrah sempat lagi sebelum solat Aidilfitri.  Zakat fitrah wajib bagi semua umat Islam. Zakat fitrah mesti dibayar sebelum solat raya.  Sekiranya zakat tidak bayar pada tahun ini, wajib dibayar pada tahun berikutnya. Jika dibayar selepas solat Aidilfitri akan dianggap sebagai sedekah jer dan wajib juga dibayar pada tahun berikutnya.  Tujuan zakat fitrah ada 2 iaitu untuk membantu golongan yang memerlukan dan juga untuk menampung kekurangan puasa pembayar zakat fitrah.

Aidilfitri tahun ni adalah yang pertama ana ada blog.  Ana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan di alam maya khasnya nabilah , z@ck , yaya , azlina juga rakan-rakann di alam nyata khasnya adieyzan , taylor swift ... xd .  Terima kasih sudi menjenguk dan memberi komen pada blog ana dan ana mohon maaf sekiranya ada tulisan dan komen ana yang menyinggung perasaan.

Juga tak lupa pada yang pernah singgah dan membaca blog ana (jika ada), juga diucapkan terima kasih.

~~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN~~

5 comments:

  1. selamat hari raya!hati2 d jalan raya...

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHIR N BATIN..

    ReplyDelete
  3. @taylor swift.. XD Slmt hari raya aidilfitri. Terima kasih sudi singgah

    ReplyDelete
  4. @BEN ASHAARI Slmat hari raya aidilfitri. Terima kasih sudi singgah dan follow blog ana

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...