Tuesday, September 14, 2010

~~PUKAU~~


Berita yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta mengenai orang ramai semakin risau kerana kes curi yang melibatkan pukau.


Ana nak kongsi cerita mengenai curi menggunakan pukau. Cerita ni wajar dijadikan sebagai pengajaran/peringatan kepada semua termasuk ana.

Kisah 1~  Kejadian ni berlaku bulan Ramadhan baru  ni
Makcik A di kpg B memang terkenal dengan bisnes kuih bangkitnya.  Dia buat kuih ni bukannya untuk hari raya jer  tapi sepanjang tahun.  So dia ni ada ramai pelanggan yang membeli secara runcit/borong.  Kedudukan rumah Makcik A ni di kawasan kpg tradisional yg bilangan penghunnyai kian berkurangan.  Oleh kerana raya semakin hampir, maka ramailah yg berkunjung untuk membeli kuihnya.

Satu hari, Makcik A telah didatangi oleh 3 orang (pastinya Melayu) yg memperkenalkan dirinya sebagai petugas di agensi yg mengendalikan haji di Malaysia.  Ketiga-tiga penyangak ni mendakwa sekiranya wang yang disimpan di akaun agensi tersebut sedikit, penyimpan tidak akan mendapat dividennya.  Dividen tersebut akan disalurkan ke baitulmal.

Ketiga-tiga penyangak tu minta ditambah duit simpanan Makcik A.  Makcik A hanya mengikut arahan dan memberikan RM2,000 yg disimpan di rumah (duit niaga kuih).  Penyangak tu kata RM2,000 tak cukup kena tambah lagi RM2,000.  Makcik A kata di rumahh tiada duit tapi di bank ada.  Maka penyangak telah membawa Makcik A ke bank di sebuah pekan kecil.

Sampai di bank, penyangak tu tolong isi borang keluar wang dan telah mengambil semua wang di dalam akaun bank sebanyak RM4,000 (asalnya dia cuma nak lagi RM2,000).  Penyangak tu siap ajar, sekiranya ditanya oleh kerani kaunter mengapa keluarkan wang yang banyak, Makcik A hendaklah jawap untuk dimasukkan ke dalam akaun agensi berkenaan.

Setelah selesai urusan, penyangak tu hantar Makcik A pulang ke rumah.  Setelah penyangak tu beredar, barulah Makcik A tersedar dan mula menelefon saudaranya berkenaan perkara tersebut.

p/s
~sewaktu penyangak tu sampai di rumah Makcik A mereka telah membaling duit syiling 40 sen di atas buaian (agaknya tu syarat utk pukau)
~penyangak ni mmg pro sbb dia membelakangkan cctv di bank tersebut

Kes 2 ~ kejadian ini berlaku berhampiran kes 1
Makcik B telah didatangani  oleh 2 orang yang menunggang motosikal.  Penunggang motosikal bertanya samada terdapat rumah sewa di kampung tersebut.  Sedang Makcik B melayan perbualan dengan penunggang motosikal, pembonceng motosikal telah menggunting gelang yang di pakai oleh Makcik B.  Makcik B tidak melawan dan hanya melihat perbuatan penyagak tu.

Kes 3 ~ kejadian ni berlaku di sebuah bank
Seorang hamba Allah telah ditepuk di bahu oleh orang yang tidak dikenali.  Akibatnya hambah Allah tersebut telah menyerahkan wang sebanyak RM10,000 kepada orang yang menepuk bahunya.



Untuk menghindari pukau, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.

Seperti yang pernah disebut Nabi (maf humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.

Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari (selepas solat 5 waktu);

1. Baca doa berikut:



“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Waalahu a’lam.

kredit : http://www.darussyifa.org/SJ041.php

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...