Wednesday, September 29, 2010

MAIN KUTU HARAM DI MALAYSIA

MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan

Sumber : Kosmo Online

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

p/s 
~ wanitalah yang selalunya rajin main kutu ni tapi baru ni lah tahu yang main kutu ni sebenarnya salah disisi undang-undang Malaysia
~ teringat zaman sekolah dulu main kutu dgn kawan2 ala  murah jer setiap seorang contribute 20 sen  tapi main kutu masa tu tak lah untuk tujuan pelaburan .... salah juge ker?

3 comments:

  1. mmg salah di sisi undang2...tp tak haram di sisi agama...selagi niat dan akad kita tu betul.. :)

    baru jer lepas dpt duit kutu...huhu... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TRANSFORMASI

    ReplyDelete
  2. main kutu jugak apa agaknya yang dirancang dgn duit tu?

    ReplyDelete
  3. ada org main kutu nak byr insuran ngn roadtax kete...abih husband ngn wife roadtaxnye mati bulan yg sama..saket gak nk byr..main kutu book bulan roadtax mati....huhuhuhu...boleh mcmtu???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...