Thursday, September 30, 2010

LOTONG SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN


Sumber : Kosmo Online

NEW DELHI - Ketika 100,000 pengawal keselamatan dikerahkan untuk menangani sebarang ancaman militan, 10 ekor lotong semalam memulakan tugas di luar beberapa lokasi bagi mencegah monyet lain daripada menjejaskan kemeriahan Sukan Komanwel XIX.

Bilangan haiwan itu akan dipertingkatkan dalam tempoh beberapa hari sehingga majlis pembukaan sukan tersebut pada Ahad ini.

Kehadiran monyet sering mengganggu kehidupan penduduk New Delhi terutama di timur ibu negara India itu dan satu serangan pada 2007 menyebabkan timbalan datuk bandar, S.S Bajwa maut terjatuh dari rumah teresnya.

Lotong kelabu ialah sejenis monyet gergasi dengan muka berwarna gelap menjadi penawar popular bagi mengusir spesies monyet lain. Majlis Perbandaran New Delhi menggunakan taktik lama untuk menakutkan primat kecil dengan menggunakan khidmat lotong.

"Kami menempatkan 38 ekor lotong dan ia cara berkesan menghalau monyet-monyet biasa. Kami menyewa haiwan ini dengan jurulatihnya dan sebaik tugas berakhir, haiwan-haiwan itu akan balik ke tempat asal," kata jurucakap majlis perbandaran itu, Anand Tiwari

Seekor lotong kini mengawal ibu pejabat jawatankuasa pengelola Sukan Komanwel 2010 di sini manakala beberapa ekor lagi haiwan itu dilihat sudah diletakkan di hadapan Stadium Talkatora dan Stadium Nasional.

Lotong sering digunakan sebagai pengawal di beberapa bangunan pejabat di New Delhi dan kebanyakan jurulatih untuk haiwan itu pula berasal dari negeri Rajasthan.

Selain monyet, tikus juga menjadi ancaman sehingga menyebabkan pihak berkuasa bandar raya itu melancarkan operasi dengan memasang 600 perangkap dan 100 kilogram racun tikus untuk membersihkan semua lokasi sukan. - Agensi

p/s
~ hebat lotong ni ...... hanya lotong yang boleh mengawal spesis yang seumpamanya
~ India memang unik ~ masalah kemiskinan, kasta tapi mereka tetap maju dari segi teknologi
~ tapi gambar di bawah ni lagi unik, mobile school atau sekolah bergerak. India menggunakan kaedah ini untuk mengatasi masalah persekolahan di kawasan luar bandar yang tiada sekolah. kalau tengok gambar tu bersemangat sekali mereka menuntut ilmu walaupun tanpa kemudahan lengkap..... tapi bagi yang mempunyai pelbagai kemudahan sanggup ponteng sekolah.

A teacher instructs students inside a classroom that is also a bus. The project, called School on Wheels, was developed by Door Step School. Photo courtesy of doorstepschool.org

1 comment:

  1. heboh kan pasal persiapan komanwel kt india..mcm2 masalah...

    kreatif juga mereka ni kan...menggunakan sebaik2nya sumber yang ada.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CONVERT VIDEO DARI FB KE BLOG

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...