Thursday, September 2, 2010

~~BiSkUt RaYa~~PaRt 2

Ni biskut raya kedua yg ana buat Ahad lepas, biskut buah pinggang.  Biskut ni setiap kali raya ana buat. Yang bestnya biskut ni rangup dan rasanya sedap (pada tekak analah)

Biskut Buah Pinggang

Resipe CNP dari kompilasi biskut mforum.cari.com.my

Biskut Buah Pinggang[Index]

Bahan-bahan:


50g butter
(ana guna 150 g)
150g gula castor
1 biji kuning telur
120g biskut marie - mesin halus
70g cornflakes - mesin halus
50g tepung gandum
100g tepung naik sendiri
100g tepung jagung
1/2 cawan cornflakes untuk hiasan.

Cara membuat:


Pukul butter dengan gula sekejap. Masukkan telur. Kacau rata. Masukkan semua bahan spt tepung,biskut,cornflakes.Uli sebati.Terap dengan acuan.Sapukan kuning telur.Taburkan cornflakes.Bakar hingga masak.

 
p/s
~ bahan kering (tepung & cornflakes) masukkan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh yang mudah untuk diterap.
~ biskut ni mengembang bila dibakar, gunalah acuan biskut yg kecil dan jarakkan  di antara satu sama lain

Biskut sebelum dibakar
Biskut selepas di bakar

2 comments:

  1. ana buat sorang2 jer ke biskut ni..? biskut yg 1st ana buat biskut apa..?

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BISKUT RAYA - PART 1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...