Wednesday, September 1, 2010

~~BiSkUt RaYa~~PaRt 1

Sabtu yang lepas, Ana sempat buat 2 jenis biskut.  Ala biskut biasa jer yang Abang Hafiz requested.  Biskut gambar di bawah ni Biskut Semperit.  Sumber daripada majalah Saji tahun 1996 gambar cover Erra Fazira.  Biskut ni kiranya biskut dolu2x dan boleh dikatakan every year buat sebab ada yang request.  Kata lain, biskut ni memenuhi citarasa.  Pernah juga guna resepi untuk jualan.


Ana tempek resepi ni disini untuk rujukan dan juga untuk yg nak mencuba (adake yg nak cuba??)


Here's the recipe


Biskut Semperit a.k.a Biskut Dahlia

Sumber : SAJI Januari 1996


Bahan2nya:
150 gm marjerin (ana guna butter)
80 gm gula ising
50 gm tepung jagung
80 gm tepung kastard
120 gm tepung gandum
1 biji kuning telur


Untuk hiasan :
Ceri merah/hijau ~ potong kecil

Cara membuatnya :
1. Pukul marjerin dan gula hingga sebati (jangan pukul terlalu lama)
2. Masukkan kuning telur, pukul sebati
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.  Gaul rata (adunan melekit)
4. Paipkan adunan di atas dulang pembakar yang telah disapukan marjerin
5. Hias dengan ceri
6. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit (suhu mengikut oven masing2)


p/s 
~ adunan biskut ni sepatutnya melekit ~ masukkan tepung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh  yang mudah untuk dipaipkan menggunakan acuan 


Acuan yang digunakan
       
Biskut sebelum dibakar
~~SELAMAT MENCUBA~~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...