Wednesday, September 22, 2010

ADA PUASA ADA RAYA

Hari ini 13 Syawal 1431H, ada 16 hari lagi untuk beraya sakan dalam bulan Syawal. Bermakna ada 16 hari lagi untuk puasa sunat Syawal.  Puasa sunat Syawal bertujuan untuk menampung kekurangan puasa Ramadhan.

Hari Ahad yang lalu ana, grandma dan Abg Hafiz berhari raya sekali lagi, raya puasa 6 bulan Syawal.  Alhamdullillah  tercapai sudah apa yang dirancang.


Puasa di bulan Syawal menjadi topik yang diperbincangkan di dalam ceramah agama.  Pagi tadi sewaktu menyediakan bekalan/sarapan, ana sempat mendengar ceramah agama di Klasik Nasional berkenaan puasa di bulan Syawal.

Puasa 6 adalah disunatkan kepada yang telah cukup puasa Ramadhan.  Bagi yang tidak cukup puasa Ramadhan dengan alasan yang diterima oleh syarak, disunatkan bagi mereka untuk berpuasa 6 bulan Syawal.

kredit : kus1978.wordpress.com


Puasa Ramadhan diikuti dengan puasa bulan Syawal, diberi pahala seperti setahun berpuasa.  Satu hari berpuasa di bulan Ramadhan pahalanya adalah seperti 10 berpuasa, oleh itu 30 hari pahalanya 300 hari berpuasa.  Ditambah dengan puasa 6 hari di bulan Syawal pahalanya adalah 60 hari berpuasa.  Jumlah pahala puasa Ramadhan dan puasa 6 hari Syawal adalah 300 + 60 = 360 hari bepuasa, seperti puasa setahun.

Afdalnya puasa bulan Syawal adalah bermula daripada 2 Syawal berturut-turut sehingga cukup 6 hari.  Walau bagaimanapun, dibolehkan untuk berpuasa mana-mana hari di bulan Syawal asalkan cukup 6 hari.

kredit : babycutekami.blogspot.com

Sekiranya ada jemputan rumah terbuka di bulan Syawal wajibkah menghadirinya ?
Menghadiri jemputan adalah wajib walaupun berpuasa. Setelah hadir di rumah terbuka, perlukah berbuka puasa? Ustaz yang berceramah telah memberikan 2 keadaan :

  • sekiranya jemputan adalah khusus untuk seorang tetamu, tetamu tersebut hendaklah berbuka puasa kerana hidangan yang disediakan adalah hanya untuknya
  • sekiranya jemputan untuk ramai, tetamu yang berpuasa boleh memilih untuk tidak berbuka puasa sebab hidangan yang disediakan boleh dinikmati oleh tetamu yang lain
p/s ~ Azam seterusnya nak puasa sunat Isnin dan Khamis.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...