Monday, August 30, 2010

~~BiLa KuChInG TaK AdA ...... a.k.a WhEn ThE CaT Is AwAy .....~~

Hahaha .... apa ler tajuk tu.  Ha ini dia tajuk yang lengkap ~~Bila kuching tak ada, tikus pun bermaharajalela a.k.a When the cat is away, the mice  will play

Maksudnya bila boss tak ada (cutiker, mesyuaratker atau tinggalkan pejabat utk tempoh yg lama) mulalah anak buah buat perangai (anak buah yg sentiasa berkelakuan baik pun sama gak) pergi bank, bengkel, klinik blablabla ..........................



~~SpEcIaL EnTrY~~

Kini dengan rasminya blog ana ada 5 org follower (ish mcm ramai sangat).  Follower yg ke 5 adalah azlinadeco. Terima kasih Ina sudi follow blog ana yg tak seberapa nih.   Personally ana memang suka baca blog ina dan ada di antara artikel/entry yg mempengaruhi ana, khasnya yg berkaitan english deco.  


Tapi sejak hari Jumaat lepas, setiap kali ana cuba masuk blog ina, guna google chrome warning kat bawah keluar.

So kalau ina baca entry ni harap dapat ambil tindakan sewajarnya.  Ana nak baca entry ketuk-ketuk di dapur.

Saturday, August 28, 2010

~~SeTeLaH 16 HaRi BeRPuAsA~~


Berat kian menurun, kain yg sempit terasa longgar, perut semakin kempis (petanda lemak kian menipis)
Semoga berat ini stabil (jgn turun lagi)
Lepas puasa 6 moga berat kembali normal 

Thursday, August 26, 2010

~~PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS~~

Organ dalaman haiwan (hati, hempedal, jantung, paru etc) kalau dimasak rendang memang sedap, ana pun suka. Tapi dalam Islam organ dalaman ini ditegah/dilarang dari dimakan. Kenapa?

Hari ini ana nak kongsi satu artikel yg menjelaskan mengapa Islam melarang memakan organ dalaman. Artikel ini dari peti masuk email ana.



Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.


Wednesday, August 25, 2010

~~BaLiK KaMpUnG~~Part 2

Pintu gerbang ni adalah landmark utk susur masuk ke tol Tanjung Malim.

Setiap kali bila balik kampung, bila nampak jer pintu gerbang ni, hati mesti berbunga-bunga.  Gembira amat sangat sebab dah keluar dari  negeri Selangor dan nak masuk ke negeri Perak walaupun sebenarnya kampung ana tu jauh lagi antara 11/2 jam - 2 jam dr Tanjung Malim.

Tapikan kawan2 di pintu gerbang ni jugalah tempat yg amat bagus utk saman ekor huhuhu.  So bila nampak jer pintu gerbang ni, slow down ikut arahan 110km/jam yer, tukar lane ke kiri sekali n sambil tu jeling2xlah ke arah tiang di divider jln tu kot boleh nampak sidia dgn kamera ajaibnya.

p/s hari ni hari gajikan, pasti ramai yg hatinya berbunga2x .......... shopping raya

Tuesday, August 24, 2010

~~BaLiK KaMpUnG~~PaRt 1


credit : http://www.mpti.gov.my/tour
Jumaat baru ni, ana balik kpg.  Kepulangan yg tidak dirancang. 


Pagi Jumaat, terima panggilan telefon daripada jiran (pakcik) yg isterinya (makcik) dimasukkan ke hospital koma akibat stroke. So plan balik lepas solat Jumaat, ambil time off.  



credit : http://fabulousfarhana.blogspot.com
Sampai di hospital pukul 5 ptg (waktu melawat), makcik ditempatkan di bilik kecemasan wad 1B, keadaan masih tak sedar.   Kelihatan makcik seperti sedang tidur, tapi degupan jantungnya agak laju.  Luangkan masa 45 minit bersama ahli keluarganya.  Sewaktu hendak balik kelihatan pakcik agak sebak dan minta doakan makcik.

credit : http://irwanirah.multiply.com

Namun malamnya dalam pukul 9.55 mlm terima call yang makcik telah kembali menemui penciptaNya.  Segala-galanya berlaku terlalu pantas.  Pastinya keluarga pakcik amat terasa kehilangan makcik apalagi di bulan Ramdhan yang mulia ini.  Sesunguhnya ajal dan maut ketentuanNya.  DariNya kita datang kepadaNya kita kembali.


Takziah untuk pakcik sekeluarga

p/s : ana belum lagi melalui saat ini .......

Monday, August 23, 2010

~~I'm fReeZiNg~~

Yup i'm freezing. Sejuk giler ....... Boleh beku ni .........  Air cond tak boleh control









Rasa mcm nak pakai mcm ni dtg kerje esok 

Thursday, August 19, 2010

~~SpEcIaL EnTrY~~

Entry ni ... khas utk followerku yg pertama aka taylor swift.  She is thin (thinner than me) and tall (rasanye i'm taller than her). Still single but i guess she's not available (bile nak kawin nih????) Addicted with Upin n Ipin (tak caya??? gi tgk blog dier).  She's hardworking and dedicated person (boleh diharap ni.... klu bagi kerje.. ha bagile kerje byk2). 

Therefore she was awarded APC for year 2008. She can bake yg i tahu she can bake cuppies, brownies, kuih raya (ni bolehlah tempah kuih raya, brownies etc...eh betul ke dier yg buat ? ... hehehe) she can sew (baju kurunglah... ) she can sew beats (jahit manik pada baju kurung ..... klu nak tempah bolehlah.......)  

As a token of appreciation, chewah! i nak hadiahkan key chain  dlm gbr bwh ni ............ cantik tak? (tak cantek pun ... mesti kata cantik... ugut tu....)  Kalau nak self pickup yer ............... (dtg sini ambik)

Pandangan hadapan

Pandangan belakang
p/s utk follower 2 & 3 special entry ....... kemudian ye  ...... 

Wednesday, August 18, 2010

~~MEMBERI SALAM & MENJAWAB SALAM~~


Semalam dalam perjalanan ke tempat kerja, ana dengar ceramah di radio IKIM mengenai memberi salam dan menjawab salam. 


Kata Ustaz (tak tau namanya), orang yang memberi salam hukumnya sunat manakala yang menjawab salam hukumnya wajib.


Walau bagaimanapun disisi Allah di antara keduanya (memberi dan menjawab salam) siapakah yang lebih tinggi kedudukannya?  Jawapan Ustaz, yang memberi salam walaupun hukum memberi salam adalah sunat.  Mengapa pula begitu ?


Kata Ustaz lagi, orang yang memberi salam sebenarnya adalah :
  1. merendahkah dirinya di kalangan orang yang menjawab salam 
  2. memecah keegoan orang yang menjawab salam
  3. mengeratkan silaturahim

Thursday, August 12, 2010

~~HaRaPaN RaMaDhAn~~




Suka dengar lagu HARAPAN RAMADHAN oleh Man Bai dan Raihan, lagu yg amat simple tapi penuh bermakna.   Di bawah ni ... lirik lagu tu......

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

~~ RAMADHAN DATANG LAGI ......... AHLAN WA SAHLAN~~




Alhamdullillah dengan izinNya, ana berjumpa dengan Ramadan 1431H/2010.  Cepat benar masa berlalu ....... bermakna umur kian meningkat.  

Tuesday, August 10, 2010

~~Tutorial : LinkWithin : Macam mana nak buat ?~~

Soalan ni  taylor swift..XD dan ajikecik yang tanya macam mana nak buat "Anda mungkin juga meminati".   Ayat ni dipaparkan di hujung setiap posting diikuti dengan thumbnail  seperti di bawah ni.....


Ramai blogger yang dah buat tutorial ni.... tapi ana upload di sini for my reference dan juga untuk yang bertanya.  Sebenarnya senang jer. Tak perlu login. Caranya macam ni...
1.  Log in blog anda
2.  Klik linkwithin - akan keluar skrin seperti di bawah

3.  Isi maklumat yang diminta .... boleh pilih bilangan link - 3 stories/4 stories/5 stories ikut kesesuaian lebar blog.  Kalau blog anda backgroundnya warna gelap, tick pada kotak yg berkenaan.  Dah siap isi borang, then klik get widget dan akan keluar skrin seperti di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...