Tuesday, July 27, 2010

~~PaNcAkE~~

Pancake aka lempeng (bukan lempang ye) ni adalah di antara makanan kegemaran Abg Hafiz ....... Abg Hafiz selalunya request utk letak choc chips di atas pancake. Pancake ni aku suka mkn dgn jem/choc.hazelnut spread/peanut butter. Di antara resepi yg telah dicuba, pada aku yg ini adalah the best recipe dan mudah disediakan.  Thanks to Ros Tokyo aka jintanmanis.com for this recipe

Sumber : jintanmanis.com

Homemade Pancake Mix

Bahan-Bahannya:


100 gram tepung gandum
2 sudu makan gula (aku guna gula pasir)
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je) (aku guna minyak masak  jer)


Caranya-


1. Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi.
2.Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.


Choc chips tabur di atas pancake

Pancake siap dimasak utk bekalan Abg Hafiz bawa ke sekolah





2 comments:

  1. nanti nak cuba lah....mcm sedap jer...

    ReplyDelete
  2. @Adieyzan cuba sekali pasti nak lagi...... tapi 1 sukat ni biasanya dpt dlm 5 keping jer.........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...