Friday, July 30, 2010

~~DUA BELAS AURAT WANITA~~

Perkongsian hari ini


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 


11. 
Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Thursday, July 29, 2010

~~PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH~~

Membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid, bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.



NAMA SYAITAN;

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH.

2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB.

3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU.

4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK.

5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS.

6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYYA bermaksud matahari.
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan"!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI...sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti.

8.AMIN...hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya.
kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) 
Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le')...sepatutnya dibaca, Alhamdulillah....
b) 
malikiyau-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( 'maa' = dua harakat)
c) 
siro-thol-lazi na a'n a'm...sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif
(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)


PERHATIAN......
SEBARKANLAH HUKUM ALLAH WALAUPUN SATU AYAT SEMOGA KITA MENDAPAT RAHMATNYA.

Wednesday, July 28, 2010

~~fLoWeRs iN mY gArDeN~~PaRt 1

Tajuk di atas flowers in my garden, yes..... here are flowers in my garden.


Pokok Mahkota Berduri, mudah ditanam dan rajin berbunga sepanjang tahun.  Sesuai ditanam dlm pasu 
Sepit udang aka heliconia (salah satu dr jenis heliconia)


Pokok ni boleh di tanam dlm pasu atau ditanam di atas tanah sebagai tanaman penutup bumi
Pokok lidah jin.  Pokok ni ada berbagai jenis.  Mudah ditanam, boleh ditanam dlm pasu atau di atas tanah

Bunga ni sesuai dijadikan tanaman tutup bumi sebab tumbuh dgn mudah dan sesuai ditanam untuk mengelakkan rumput dari tumbuh. Ada 2 warna pink dan purple, warna purple mudah membiak berbanding pink




  Boleh juga ditanam dlm pasu dan disusun bersama bunga lain utk membentuk lanskap

Tuesday, July 27, 2010

~~PaNcAkE~~

Pancake aka lempeng (bukan lempang ye) ni adalah di antara makanan kegemaran Abg Hafiz ....... Abg Hafiz selalunya request utk letak choc chips di atas pancake. Pancake ni aku suka mkn dgn jem/choc.hazelnut spread/peanut butter. Di antara resepi yg telah dicuba, pada aku yg ini adalah the best recipe dan mudah disediakan.  Thanks to Ros Tokyo aka jintanmanis.com for this recipe

Sumber : jintanmanis.com

Homemade Pancake Mix

Bahan-Bahannya:


100 gram tepung gandum
2 sudu makan gula (aku guna gula pasir)
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je) (aku guna minyak masak  jer)


Caranya-


1. Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi.
2.Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.


Choc chips tabur di atas pancake

Pancake siap dimasak utk bekalan Abg Hafiz bawa ke sekolah





Friday, July 23, 2010

~~AdOlF HItLeR dan Yahudi~~

Artikel ni dari peti masuk emailku yang telah dihantar oleh EnJI jom baca  
Adolf Hitler ADALAH SEORANG YANG HEBAT! 
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua… Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini… 
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau 
berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi.
Maka aku katakan “Takkan dah 
habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini 
dijadikan tajuk?” Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang 
membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi 
segala-galanya… lalu dia bertanya dari mana sumber aku.
Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?” 

~~tiKuS MOndok rElaKs di aTaS MeSiN jAhiTkU~~

Wait seminit, ehhhh .......... apa tikus mondok tu buat atas mesin jahitku???


Pandangan sisi kanan


Pandangan belakang

Pandangan sisi kiri


Pandangan hadapan


Ini hasil keras tangan ku.... pin cushion tikus ku yg pertama daripada kain felt warna putih, senang saja nak buat nih.  Pin cushion ni.... dilekatkan pada kain felt warna coklat dengan menggunakan magic tape; kena letak di mesin jahit kalau tak Abg Hafiz ingat ni mainan dia.  


Abg Hafiz kata....... ni bukan tikus mondok ni adalah landak...... apa2 jelah........ tikus mondok cum landak hahahaha......... hatiku berbunga2 (happyle tu)

Thursday, July 15, 2010

TUTORIAL~~GaMbAr KeLuAr Di TaB WiNdOw Yg BaRu~~

Bila klik pada gambar yg ada posting, gambar tu keluar di tab window yg baru dan aku boleh terus baca n3 tanpa gangguan.  Klik gambar di bawah dan lihat hasilnya.




Macam mana nak buat ??????


guna kod ni  target="blank" 

Caranya :
Log in dashboard
Klik pada posting>new post atau edit posts (kalau nak edit post yang dah publish)
Upload gambar dlm posting
Dah siap posting, klik edit HTML
letak kod (color merah) mcm contoh di bawah


<a href="http://1.bp.blogspot.com/_PUHIdA1J71k/TD79RMEg1al/AAAAAAAAAQ0/f2jhWC01XqA/s1600/P1040478.JPG" imageanchor="1" style="margin-left;lemstyle='margin-left;lem;margin-ght:lem; "target="blank">="400"





Aku upload tutorial ni utk rujukan newbie macam aku

Wednesday, July 14, 2010

~~ fLoRiA 2010~~

~fLoRiA 2010, Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya~~ 

Dialog di Awal Pagi

Abg Hafiz  :  Jom kita pergi floria
Aku : Kita pergi esok je lah.... hari ini kan puasa.... nanti penat... kalau ada gerai jual makanan tak boleh beli
Abg Hafiz : Kita beli je lah.... buka puasa nanti makanle
Aku : Malaslah.... jom pergi nilai 3 ada member card day di KK 
Abg Hafiz : Apa istimewanye nilai 3.... jom kite pergi floria
Aku : Esok le.......... 
Abg Hafiz : Ok! kalau pergi nilai 3 nak beli kereta mainan

Bila dengar pasal kereta mainan yang harganya beratus ringgit di KK tu aku ubah fikiran lebih baik pergi floria.  

Tinggal di Putrajaya kenalah pergi..... kalau tak rugi. So lepas siap kerja rumah yg tak pernah habis, pepagi lagi aku pergi dengan Abg Hafiz dan grandma.  Pukul 9 am sampai di lokasi.  Parking kereta senang sebab orang belum ramai lagipun  cuaca nyaman  

Sampai je Abg Hafiz ambik gambar pintu gerbang. Taman pertama yang kami lawati .......... taman Perbadanan Putrajaya...... cantik2le bunga2nya.  Rupa2nya rancangan SPM RTM disiarkan secara langsung dari taman ni..... pengacara (tak tau siapa namanya..... sebab dah lama tak tengok rancangan ni) sedang temuramah penyanyi..... (siapa??? entah tak kenal).  Taman ni ada kincir air macam di Belanda.  Apa lagi Abg Hafiz sibuk le bergambar (memang dia jelah yang bergambar).


Pintu gerbang bunga tema heliconia





Tempurung kelapa dijadikan sebagai sempadan ~ idea yg bagus 


1 Malaysia - floria 2009 pun ade.  Abg Hafiz likes this logo very much

Friday, July 9, 2010

~~Mengapa Yahudi Bijak ?~~




Artikal ini diterjemah oleh Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir,Universiti Massachuset,USA.Artikel ini lyana terbaca dalam satu blog ,mungkin isu yang dah agak lama , saja nak kongsi bersama pembaca lain.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Wednesday, July 7, 2010

~~Melayari Internet Di Pejabat.~~

Artikel ini untuk info kita bersama............



Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan  sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

adi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

**i HaVe a bLOg a.k.a aKU aDA BLoG**

          After reading and reading and reading........ other people's blogs I decided to set up my own blog, kecikkenot.blogspot.com.  Why is it name that way?  Oh kecikkenot is the word that my dear prince, Abang Hafiz likes to say when he sees something which is small and cute.  Love you dear mmmmuah! Alhamdullillah



Setelah bertahun2 (lama tu..) membaca blog orang lain dan memberku izan dah ada blog isyanaufalsyira.blogspot.com (ni yg jelos), akhirnya kini terciptalah blog aku, kecikkenot.blogspot.com.  Kenapa kecikkenot yang dipilih.  Sebab puteraku Abang Hafiz suka sangat sebut ........ kecikkenot....... untuk benda yang kecik & comel.  Sayang mama mmmmuah! Alhamdullillah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...